Cari @ Amanz

Hari ini, Google telah memperkenalkan versi pembangunan baru bagi pelayar webnya, Google Chrome 2.0.160.0, yang mana memperkenalkan penggunaan regexps di dalam enjin JavaScript V8 selain mengemaskini enjin V8 kepada versi terbaru iaitu 0.4.9.3. Versi terbaru ini juga menyelesaikan masalah dengan Adobe Flash 7.

Google Chrome 2.0.160.0
Google Chrome 2.0.160.0

Selain itu, versi pembangunan ini juga menyertakan sokongan untuk melayari Hotmail, yang mana telah diperkenalkan dalam versi 1.0.154.48 sebelum ini. Versi pembangunan ini juga menyelesaikan pelbagai masalah yang dikenal pasti sebelum ini.

Untuk menggunakan versi pembangunan ini, anda perlu melanggan kepada saluran pembangun, dan sekiranya anda menggunakan komputer utama, anda tidak dicadangkan untuk menggunakan saluran pembangun kerana berkemungkinan terdapat beberapa masalah yang tidak dikenal pasti.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd