Yahoo! Memperkenalkan Search Pad

Yahoo! Memperkenalkan Search Pad

Diterbitkan pada Feb 5, 2009 oleh .

Sekiranya anda biasa melakukan kajian atau mengumpulkan data melalui enjin carian, maka aplikasi terbaru daripada Yahoo! ini mungkin berguna kepada anda. Aplikasi yang dinamakan Search Pad ini adalah aplikasi untuk menyimpan nota yang mana diintegrasi ke dalam Yahoo! Search, seterusnya membantu anda dalam mengambil dan menyimpan nota.

Yahoo! Search Pad
Kedudukan Search Pad Pada Enjin Carian Yahoo! [via]

Search Pad membantu anda mengumpul, menyusunnya, dan memudahkan anda menyimpannya atau menghantanya ke emel untuk kegunaan masa depan. Ketika anda mula menggunakan Search Pad, ianya akan secara automatik mengumpul senarai laman web yang anda lawati bersama-sama dengan thumbnail laman tersebut. Selain itu, ia juga akan secara automatik menyertakan pautan laman web, sekiranya anda menyalin artikel dari sesebuah laman web, sepert WikiPedia atau Amazon.

Yahoo! Search Pad
Persembahan Data Pada Search Pad [via]

Buat masa ini, bukan semua pengguna boleh melihatnya, dan ianya dijangka akan diperkenalkan kepada semua pengguna dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN