Kemaskini XP dan Vista Kepada Windows 7

Kemaskini XP dan Vista Kepada Windows 7

Diterbitkan pada Feb 6, 2009 oleh .

Microsoft mengumumkan berita gembira kepada para pengguna Windows XP dan Windows Vista, dimana mereka bakal mendapat Windows 7 dengan harga diskaun. Terdapat tiga jenis kemaskini yang ditawarkan oleh Microsoft, iaitu dari Windows XP kepada Windows 7, Windows Vista kepada Windows 7, dan tentunya Windows 7 Beta kepada Windows 7.

Bagi para pengguna Windows XP, pemasangan Windows 7 adalah pemasangan baru, yang mana anda akan kehilangan kesemua fail sekiranya anda tidak membuat partitin baru dan sebagainya. Berbeza dengan Vista, dimana para pengguna boleh mengemaskininya kepada Windows 7 dengan mudah, dan segala data yang terkandung dalam Windows Vista anda akan selamat dan tidak akan diganggu sama sekali. Namun begitu, proses mengemaskini adalah amat lambat dan memakan masa yang lebih lama berbanding dengan pemasangan Windows 7 yang baru.

Windows 7 dijangka akan dikeluarkan pada suku tahun ketiga tahun ini, dan Microsoft mengatakan bahawa Windows 7 merupakan sistem operasi Windows terbaik buat masa ini. Sekiranya anda masih belum mencubanya, anda mempunyai tempoh sehingga 10 Februari untuk memuat-turunnya.


TIPS & ULASAN