Chrome Bakal Memperkenalkan Extension Sebelum 27 Mei

Chrome Bakal Memperkenalkan Extension Sebelum 27 Mei

Diterbitkan pada Feb 6, 2009 oleh .

Google Chrome dijangka bakal mempunyai addon-nya sebelum bulan Mei ini, kerana pada 27 Mei ini bakal diadakan persidangan Google IO yang mana bakal memberikan pengetahuan asas dalam pembangunan addon untuk Google Chrome. Google mengelarkannya sebagai extension.

Google IO
Aturcara Chrome Pada Persidangan Google IO [via]

Perkara ini diperasan oleh Nicholas dalam senarai acara yang bakal berlangsung dalam persidangan Google I/O, dan pembangunan extensions untuk Google Chrome merupakan salah satu sesi didalamnya. Dengan ini, boleh dirumuskan bahawa Google bakal memperkenalkan extension pertama untuk Google Chrome sebelum tarikh berkenaan.


TIPS & ULASAN