Lihat Dulu Dokumen Di Google Docs Sebelum Print

Lihat Dulu Dokumen Di Google Docs Sebelum Print

Diterbitkan pada Feb 6, 2009 oleh .

Selalunya pengguna Google Docs berkongsi dokumen mereka hanya melalui saluran digital, seperti melalui emel dan sebagainya. Tetapi, kadangkala ada keperluan untuk membuat cetakan dokumen tersebut untuk disimpan ataupun dihantar kepada orang lain. Oleh kerana itu, hari ini Google memperkenalkan lagi satu fungsi baru, iaitu Print Preview pada Google Docs.

Print Preview
Fungsi Print Preview Pada [via]

Sekiranya anda pernah memuat-naik fail *pdf pada Google Docs, atau membaca fail *pdf melalui GMail, anda semestinya sudah perasan dengan pembaca *pdf yang diintegrasikan ke dalam pelayar web. Fungsi print preview padanya hampir sama dengan fungsi yang diperkenalkan pada Google Docs ini.

Selain itu, Google Docs secara offline juga turut diperkenalkan dalam lebih 9 bahasa baru. Sebelum ini, mereka telah memperkenalkan akses kepada Google Docs secara offline dalam lebih 29 bahasa.

Untuk mengakses fungsi print preview, anda cuma perlu klik pada file dan seterusnya klik pada Print Preview. Fungsi ini juga turut sama diperkenalkan pada Google Apps.


TIPS & ULASAN