Opera Membangunkan Enjin JavaScript Terpantas Di Dunia

Opera Membangunkan Enjin JavaScript Terpantas Di Dunia

Diterbitkan pada Feb 6, 2009 oleh .

Opera sememangnya diketahui dalam menyediakan pelayar web yang amat pantas dan mudah digunakan untuk melayari internet. Terbaru, mereka sedang membangunkan enjin javascript yang paling pantas yang mana dikenali sebagai Carakan. Buat masa ini, Carakan lebih 2.5 kali ganda pantas berbanding dengan enjin javascript Futhark yang digunakan di dalam Opera 10.

Opera bercadang mengeluarkan Carakan secepat yang mungkin, namun masih tidak diketahui di dalam pelayar web Opera versi ke berapa. Opera versi 10 masih lagi belum dikeluarkan, namun Opera 10 Alpha yang diperkenalkan sebelum ini masih menggunakan enjin Presto 2.2, dan mendapat skor 100% dalam ujian Acid3.

Dalam ujian yang dilakukan menggunakan Carakan, ianya lebih 2.5 kali ganda pantas berbanding Presto 2.2 apabila di uji pada SunSpider. Walaubagaimanapun, beberapa ujian berasingan menunjukkan peningkatan kelajuan antara 5 hingga 50 kali ganda. Para penguji dan pembangun Opera sudah membangunkan Carakan untuk beberapa bulan kebelakangan ini.


TIPS & ULASAN