Carian
GMail Labs Memperkenalkan Multiple Inboxes
February 6, 2009 Aman

Salah satu fungsi baru pada GMail yang masih dalam makmal mereka lagi diperkenalkan hari ini, membolehkan para pengguna melihat lebih daripada satu tetingkap pada GMail tanpa perlu membuka tetingkap baru pada pelayar web. Pada para pengguna yang sering menggunakan fungsi label dan sebagainya, ianya mungkin amat berguna, kerana anda kini boleh melihat emel-emel anda dengan lebih tersusun lagi.

GMail Multiple Inboxes
Contoh Penggunaan GMail Multiple Inboxes [via]

Untuk mula menggunakan fungsi ini, anda perlu aktifkan fungsi GMail Lab pada akaun anda, seterusnya mengaktifkan “Multiple Inbox” daripada senarai fungsi GMail Lab yang disediakan. Dan seterusnya untuk setkan tetingkap pada halaman utama, anda boleh lakukannya melalui tab Settings dan seterusnya memilih “Multiple Inboxes”. Buat masa ini, anda boleh membuat sehingga 5 tetingkap berlainan.

Sebelum ini, beberapa fungsi-fungsi baru diperkenalkan pada GMail, termasuk kebolehan untuk menggunakan GMail secara offline, kemudahan untuk menggunakan fungsi label, kebolehan untuk menonton video secara terus dalam GMail Chat dan banyak lagi.

Komen