Masihkah anda ingat dengan web aggregator tempatan – Blogtitude? Ianya menghadapi masalah sejak semalam, apabila tiada artikel terbaru yang dikemaskini pada laman tersebut. Artikel terakhir yang dikemaskini pada laman tersebut adalah artikel dari laman OhBulan!.
Ianya masih belum diketahui mengapa tiada artikel terbaru yang diindex pada laman tersebut. Mungkin sistem aggregator mereka menghadapi masalah dan sebagainya. Ketika artikel ini ditulis, sudah hampir 24 jam laman tersebut tidak mendapat kemaskini terbaru.
Kemaskini : Kini Blogtitude sudah boleh di layari seperti biasa. Pihak pembangun menyatakan bahawa sistem Blogtitude kini telah dinaik-taraf.