Cari @ Amanz

Google maju setapak ke hadapan lagi, apabila melancarkan Latitude beberapa hari yang lalu. Melaluinya, anda boleh berkongsi lokasi anda dengan rakan-rakan anda yang mungkin ingin tahu anda berada di mana.

Google Latitude
Google Latitude Pada Telefon Mudah Alih

Untuk menyertainya amat mudah. Anda hanya perlu muat-turun Google Maps untuk telefon mudah-alih yang terbaru, dan ikuti arahan selanjutnya, dan anda sudah sedia berkongsi lokasi anda bersama rakan anda yang lain. Sekiranya anda cuma ingin mengetahui lokasi rakan anda berada, mungkin anda boleh hanya memasang gajet desktop daripada Google, dan ikuti lokasi rakan anda.

Menariknya, Google tidak menyimpan data-data lokasi anda, sebaliknya hanya lokasi terakhir anda. Anda boleh memilih samaada untuk mengemaskini lokasi anda secara automatik ataupun secara manual. Sekiranya secara automatik, sudah tentunya anda perlu jalankan Mobile Maps sepanjang masa.

Namun begitu, amat mendukacitakan, kerana buat masa ini, para pengguna dari Malaysia masih tidak disokong lagi. Mungkin dalam masa terdekat ini, ianya akan disokong. Atau mungkin seseorang boleh membangunkannya kepada rakyat Malaysia menggunakan API Google Maps yang sedia ada.

Sebagai alternatifnya, anda boleh menggunakan Twitter atau Jaiku untuk mengemaskini status lokasi anda, supaya rakan-rakan anda boleh ketahui anda berada di mana. Dan mungkin untuk memesan kepada anda supaya membeli sesuatu perkara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd