Yahoo! Calendar Mendapat Beberapa Fungsi Baru

Yahoo! Calendar Mendapat Beberapa Fungsi Baru

Diterbitkan pada Feb 8, 2009 oleh .

Selepas menghidupkan kembali Yahoo! Calendar pada bulan Oktober yang lepas, kini Yahoo! memperkenalkan beberapa fungsi baru sebagai serangan balas kepada Google Calendar yang diperkenalkan dengan beberapa fungsi baru sepanjang minggu ini. Awal bulan lalu pula Live Calendar menerima impak Wave 3. Dan mungkin kini tibanya Yahoo! untuk memperkenalkan fungsi baru pada Calendar mereka.

Yahoo! Calendar Classic
Yahoo! Calendar Classic

Yahoo! Calendar Baru
Yahoo! Calendar Baru

Kini, anda boleh membuat carian aturcara pada kalendar dan notepad anda dengan mudah. Selain itu, anda juga kini boleh mencetak kalendar anda dengan lebih interaktif, samaada secara harian, mingguan, bulanan atau tahunan, sekaligus memudahkan anda membacanya kelak.

Satu perkara menarik yang turut diperkenalkan oleh Yahoo! adalah fungsi untuk menghilangkan tab to-do. Sekiranya anda meminati to-do, anda boleh membuat senarai baru dengan mudah, dengan menggunakan kata kunci spesifik, untuk memudahkan anda membuat carian kelak. Sekiranya anda membenci senarai to-do, anda boleh menghilangkannya dengan hanya satu klik.

Selain itu, Yahoo! juga memperkenalkan fungsi klik kanan, yang mana memudahkan anda untuk menambah aturcara baru, selain mengubahnya atau mencetaknya. Sekiranya anda masih menggunakan Yahoo! Calendar Classic, anda kini boleh menaik-tarafnya kepada Yahoo! Calendar yang baru, yang mana menggunakan antaramuka yang sama seperti Yahoo! Mail baru.


TIPS & ULASAN