Sekiranya sebelum ini, kita terdengar berkenaan laman phpBB yang diceroboh masuk, hari ini pula laman penyedia antivirus terkemuka -Kaspersky pula yang menjadi mangsa. Melalui SQL injection mudah yang dilakukan, penceroboh terbabit dikatakan mendapat akses kepada nama pengguna, kod untuk aktfikan produk, senarai pepijat dan sebagainya.
Ini bukan kali pertama laman Kaspersky diceroboh masuk. Sebelum ini, pada bulan Julai yang lalu, laman Kaspersky Malaysia diceroboh masuk dan ditinggalkan dengan slogan-slogan pro-Turki, sekaligus menjadilan lebih 30 kali laman Kaspersky diceroboh sejak tahun 2000. Kali ini pula laman Kaspersky USA menjadi mangsa. Kaspersky dikatakan melindungi lebih 250 juta pengguna seluruh dunia, tetapi amat mendukacitakan kerana laman mereka pula menjadi mangsa.