Pangkalan Data Laman BitDefender Turut Di Ceroboh

Pangkalan Data Laman BitDefender Turut Di Ceroboh

Diterbitkan pada Feb 9, 2009 oleh .

Nampaknya bukan Kaspsersky sahaja yang menjadi mangsa, tetapi BitDefender turut menghadapi masalah yang sama. BitDefender juga tidak begitu hiraukan masalah keselamatan pangkalan data mereka apabila dengan mudahnya, pangkalan data mereka dapat diceroboh masuk. Sama seperti yang dilakukan pada laman Kaspersky, nama pengguna, kata laluan, dan beberapa data berkaitan turut sama dikumpulkan.

Laman BitDefender Portugal
Laman BitDefender Portugal Yang Di Ceroboh [via]

Paparan antaramuka hasil daripada pencerbohan data tersebut turut dipaparkan pada laman HackersBlog. Pada kali ini, laman BitDefender Portugal menjadi mangsa mereka, dimana melalui satu injection, mereka dapat melihat ribuan data-data pengguna, termasuk senarai emel yang melanggan Newsletter BitDefender Portugal, yang mana boleh disalahgunakan oleh para spammer.


TIPS & ULASAN