Cari @ Amanz

Windows 7 Build 7022 Tersebar Di Laman Torrent

Oleh Aman

Link Copied!

Hari ini merupakan hari terakhir untuk anda semua memuat-turun Windows 7 Beta secara sah daripada laman Microsoft. Namun begitu, terbaru Windows 7 Build 7022 telah pun mula disebarkan di laman-laman torrent terkemuka. Sebelum ini, paparan antaramuka Windows 7 Build 7025 telah pun disebarkan. Windows 7 Beta merupakan Build 7000, dan atasnya merupakan pembangunan versi RC.

Paint
Paint Baru Pada Windows 7 Build 7022[via]

Walaubagaimanapun, dalam Build 7022 ini masih tiada perubahan pada UAC yang dikatakan mempunyai sedikit masalah oleh para pengguna yang sudah mencuba Windows 7 Beta. Namun, terdapat juga beberapa perubahan daripada Windows 7 Beta yang diberikan secara percuma oleh Microsoft baru-baru ini.

Ikon Windows 7 Build 7022
Ikon Baru Di Perkenalkan Pada Windows 7 Build 7022 [via]

Antaranya adalah para pengguna Windows 7 Build 7022 sudah boleh menggunakan Internet Explorer 8 RC, selain sedikit perubahan pada Desktop Gadget (dahulunya dikenali sebagai Windows Sidebar pada Vista), efek animasi pada Windows Explorer, dan perubahan sedikit pada program Paint. Selain itu, ikon baru diperkenalkan untuk muzik, video dan lain-lain dokumen. Carian yang dilakukan pada Search di menu Start juga lebih pantas daripada sebelumnya. Dan seperti biasa, secara amnya, Windows 7 Build 7025 lebih stabil daripada versi sebelumnya.


Komen ()