Pemain Video Sumber Terbuka – Miro 2.0 Di Lepaskan

Pemain Video Sumber Terbuka – Miro 2.0 Di Lepaskan

Diterbitkan pada Feb 11, 2009 oleh .

Pernahkah anda mendengar mengenai pemain video internet Miro? Jika ya, mungkin anda perlu mencuba versi terbarunya. Hari ini, mereka telah melepaskan versi terbaru pemain media mereka, iaitu Miro 2.0. Pemain video versi terkini ini memperkenalkan antaramuka baru, selain peningkatan kelajuan dan prestasinya, selain memudahkan para pengguna memainkan video dari internet terus pada Miro.

Miro 2.0
Pemain Video Miro 2.0

Buat masa ini, masih kurang pemain video yang boleh memainkan video secara terus dari internet. Melalui Miro, anda boleh memainkan video daripada Hulu dan CBS dengan mudah. Menariknya semasa anda menonton video, Miro akan memuat-turun video tersebut, membolehkan anda menontonnya kelak, tanpa perlu sambungan internet. Anda juga boleh menutup fungsi muat-turu tersebut sekiranya anda mendapati video tersebut tidak begitu menarik.

Miro boleh memainkan pelbagai format video, seperti QuickTime, WMV, MPEG, AVI, XVID dan banyak lagi. Selain boleh memainkan video, anda juga boleh memuat-turun fail torrent melalui Miro dengan mudah.

Oleh kerana Miro merupakan pemain video yang berasaskan sumber terbuka, anda boleh memuat-turun dan menggunakannya tanpa sebarang kos. Ianya didatangkan untuk pelbagai sistem operasi, termasuk untuk Mac OS X, Windows dan juga Ubuntu. Ianya juga turut disediakan untuk pelbagai distro Linux yang lain.


TIPS & ULASAN