Carian
Sertakan Lokasi Anda Ke Dalam Emel Yang Di Hantar
February 11, 2009 Aman

Hari ini Google sekali lagi memperkenalkan fungsi baru untuk GMail melalui GMail Lab. Fungsi terbaru ini membolehkan para pengguna menyertakan sekali lokasi dari mana anda menghantar emel anda melalui GMail. Ianya akan menggunakan alamat IP anda untuk mengetahui kedudukan anda, dan sekaligus menyertakannya dibawah signature anda.

Lokasi Pada Signature
Pilihan Menyertakan Lokasi Pada Signature [via]

Lokasi di Bawah Signature
Lokasi Di Tunjukkan Di Bawah Signature [via]

Oleh kerana ianya menggunakan alamat IP untuk mengetahui lokasi, tidak semestinya lokasi yang ditunjukkan adalah tepat. Mungkin anda berada di Malaysia, dan lokasi anda ditunjukkan sebagai berada di Singapura dan sebagainya. Untuk mengatas perakra ini, Google meminta para pengguna memasang Gears pada komputer anda, supaya ianya boleh mendapatkan lokasi anda dengan lebih jitu lagi.

Mungkin mereka masih sedang bereksprementasi dengannya, dan mungkin tidak lama lagi akan diintergrasikan bersama Google Latitude. Untuk mula menggunakannya, seperti biasa, aktifkannya pada tab Labs di bawah Settings. Seterusnya klik pada Signature.

Komen