Kemaskini Kepada WordPress 2.7.1 Secara Automatik

Kemaskini Kepada WordPress 2.7.1 Secara Automatik

Diterbitkan pada Feb 11, 2009 oleh .

Pihak pembangun WordPress telah pun mengeluarkan versi terbaru untuk aplikasi blog popular mereka, WordPress 2.7.1. Yang menariknya, mulai versi 2.7, anda boleh mengemaskini WordPress secara automatik, tanpa perlu melalui jalan jauh dengan muat-naik fail, dan seterusnya upgrade melalui panel pentadbir. Anda kini boleh mengemaskini WordPress anda dengan hanya satu klik sahaja.

Kemaskini WordPress
Pilihan Untuk Mengemaskini WordPress

Sama seperti sebelum-sebelum ini, anda dinasihatkan untuk membuat backup terlebih dahulu, sebelum mengemaskini kepada versi baru. Dengan berbuat begini, ianya lebih selamat dan senang untuk kembalikannya kepada yang lama sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku. Selesai membuat backup, seterusnya klik pada tab Tools dan seterusnya pilih menu Upgrade. Klik pada Upgrade, dan pemasangan WordPress anda akan dikemaskini secara automatik. Walaubagaimanapun, perkara ini hanya untuk para pengguna WordPress 2.7 sahaja. Sekiranya anda masih belum mengemaskini kepada WordPress 2.7, anda perlu lakukannya secara manual seperti dahulu.

WordPress 2.7.1
Kemaskini WordPress Kepada 2.7.1 Dengan Jayanya

WordPress 2.7.1 menyelesaikan lebih 68 masalah yang diutarakan para pengguna. Ianya merupakan versi kemaskini terkini sejak WordPress 2.7 dengan antaramuka baru dan fungsi-fungsi baru diperkenalkan. Anda boleh membaca mengenai senarai perubahan yang berlaku sejak WordPress 2.7 pada laman rasmi mereka.


TIPS & ULASAN