Mozilla Mendedahkan Fungsi Baru Pada Firefox 3.2

Mozilla Mendedahkan Fungsi Baru Pada Firefox 3.2

Diterbitkan pada Feb 11, 2009 oleh .

Persaingan yang amat kuat dalam perisian pelayar web, telah membuatkan Mozilla mendedahkan beberapa perkara baru yang bakal diperkenalkan dalam Firefox 3.2 yang akan dikeluarkan selepas Firefox 3.1. Antaranya adalah pengenalan penggunaan command teks yang mudah, dan juga pengenalan aplikasi web pada desktop. Namun masih tidak diketahui bahawa versi seterusnya adalah 3.2 ataupun 4.0.

Firefox 4.0

Sekiranya anda mengikuti perkembangan Mozilla, sudah tentu anda kenal akan Ubiquity. Ubiquity memudahkan anda melayari internet, dengan penggunaan teks untuk membolehkan anda membuat sesuatu perkara dengan lebih pantas. Sebagai contoh, sekiranya anda taipkan “map Kuala Lumpur” membolehkan anda melihat peta Kuala Lumpur pada Google Maps, selain memudahkan anda bookmark pada delicious dan memudahkan anda menghantar mesej pada Twitter. Mozilla bercadang untuk menyertakan Ubiquity sekali pada pelayar web versi seterusnya.

Selain Ubiquity, Mozilla juga bercadang menyertakan sekali aplikasi lain pada Mozilla Labs seperti Prism. Prism membolehkan anda menjadikan aplikasi web seperti GMail sebagai program dekstop, dan membolehkan anda menjalankannya secara terus daripada desktop ataupun daripada menu Start pada Windows.

Selain itu, mereka juga bakal memperkenalkan fungsi membina tema yang lebih ringan, selain menaik-taraf pengurusan memori pada pelayar web mereka. Menariknya, masih tidak diketahui sama ada Firefox versi seterusnya selepas 3.1 akan memasuki 3.2 ataupun terus melompat kepada versi 4.0.


TIPS & ULASAN