Lupakan Build 7022, Kini Build 7032

Lupakan Build 7022, Kini Build 7032

Diterbitkan pada Feb 12, 2009 oleh .

Baru dua hari yang lepas saya menulis mengenai Windows 7 Build 7022 yang mana mula tersebar di laman-laman torrent. Kini, sudah pun terdapat versi Windows 7 yang lebih baru lagi, iaitu Build 7032. Walaubagaimanapun, Build 7032 ini tidak kelihatan dilaman-laman torrent. Namun begitu, laman WinFuture telah menyediakan paparan antaramuka Windows 7 Build 7032.

Windows 7 Build 7032
Windows 7 Build 7032 [via]

Windows 7 Build 7032
Paint Pada Windows 7 Build 7032 [via]

Oleh kerana Windows 7 sudah menghampiri kepada produk akhir, Microsoft sudah mula mencuba semua edisinya, termasuk Windows 7 Starter, Home Basic, Professional, dan Ultimate. Pada paparan yang disediakan pada laman WinFuture, ianya memperlihatkan paparan antaramuka daripada versi Enterprise. Melalui sedikit carian yang dilakukan, didapati bahawa Windows 7 Enterprise sama seperti Windows 7 Ultimate, cuma perbezaan pada lesen penggunaannya sahaja.

Windows 7 Build 7032 - Start
Windows 7 Build 7032 – Control Panel [via]

Windows 7 Build 7032 - Media Center
Windows 7 Build 7032 – Media Center [via]

Untuk paparan gambar yang lebih besar dan jelas, klik kanan dan pilih View Image.


TIPS & ULASAN