Mozilla Fennec Kini Menyokong Windows Mobile

Mozilla Fennec Kini Menyokong Windows Mobile

Diterbitkan pada Feb 12, 2009 oleh .

Dalam usaha untuk membolehkan pelayar web yang dibangunkan Mozilla dijalankan pada setiap gajet, Mozilla telah memperkenalkan Firefox Mobile ataupun Fennec untuk Windows Mobile, atau lebih tepat lagi untuk HTC Touch Pro. Walaubagaimanapun, ianya masih dalam pembangunan, dan versi yang dilancarkan adalah versi milestone, bukannya beta ataupun alpha.

Mozilla Fennec
Mozilla Fennec

Nampaknya seperti Mozilla benar-benar ingin membolehkan penggunaan Fennec pada setiap gajet mudah alih. Kini, ianya sudah boleh dijalankan pada gajet yang menggunakan Symbian dan juga Windows Mobile, dan mungkin banyak lagi sokongan pada masa hadapan. Walaubagaimanapun, versi akhir Fennec masih lagi belum dikeluarkan, dan mungkin versi pertamanya akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.


TIPS & ULASAN