Cari @ Amanz

Sebelum ini, laman aMaNz pernah menyertakan Google Friend Connect pada bahagian Sidebar, namun telah membuangnya kerana ianya memakan ruangan yang agak besar. Untuk mengatasi penggunaan ruangan yang besar seperti tadi, kini Google memperkenalkan Social Bar untuk anda sertakan pada laman anda, sekaligus meminumkan penggunaan ruangan di laman anda.

Social Bar Google Friend Connect
Contoh Penggunaan Social Bar

Sama seperti bar blogger yang disertakan pada setiap blog yang menggunakan perkhidmatan Blogger/Blogspot, Social Bar ini juga akan muncul pada bahagian atas laman anda, dan menggunakan ruangan yang amat minimum berbanding sebelumnya. Melaluinya, para pembaca blog atau laman anda boleh menggunakan fungsi-fungsi sosial yang terdapat pada Google Friend Connect, dan memudahkan mereka berinteraksi dengan anda ataupun rakan-rakan mereka yang lain. Anda boleh melihat contoh penggunaannya pada laman contoh yang disediakan Google. Mungkin tidak lama lagi kita boleh melihat Facebook Connect pula memperkenalkan fungsi seperti ini.

Video berikut mungkin boleh membantu anda sekiranya anda ingin mengetahui cara-cara pemasangan Social Bar pada laman atau blog anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd