Opera Turbo Untuk Melayari Web Lebih Pantas

Opera Turbo Untuk Melayari Web Lebih Pantas

Diterbitkan pada Feb 13, 2009 oleh .

Opera hari ini mengumumkan mengenai Opera Turbo, suatu inovasi baru daripada pengeluar pelayar web terpantas di dunia, yang mana bertujuan untuk menyediakan pengalaman melayari web yang lebih baik lagi. Ianya dibangunkan bagi pelanggan Opera Desktop, Opera Mobile dan juga pengguna Opera SDK yang lain.

Opera Turbo

Sepertimana namanya, Opera Turbo membolehkan anda melayari laman web dengan lebih pantas daripada yang biasa, selain menjimatkan penggunaan bandwith. Menariknya, dengan penggunaan Opera Turbo ini, bukan sahaja laman web yang dilayari menggunakan Opera Desktop saja yang lebih laju, malah juga bagi pengguna Opera Mobile. Selain itu, anda juga boleh menggunakan telefon bimbit atau gajet mudah alih dengan keupayaan yang rendah, dan dapatkan kelajuan yang sama dengan pengguna lain melalui Opera Turbo.

Opera Turbo
Bagaimana Turbo Berfungsi [via]

Opera dijangkakan memperkenalkan Opera Turbo dengan lebih mendalam pada MWC 2009 ini yang berlaku antara 16 hingga 19 Februari 2009 di Spain.


TIPS & ULASAN