Jual Beli Video Melalui YouTube

Jual Beli Video Melalui YouTube

Diterbitkan pada Feb 13, 2009 oleh .

Google membawa YouTube setahap lebih tinggi dengan membolehkan para pengguna dan penyedia video di laman tersebut mengenakan caj kepada para pengguna yang ingin memuat-turun video tersebut dengan kualiti yang lebih tinggi. Dalam ujian yang dilakukan baru-baru ini, YouTube bekerjasama dengan beberapa penyedia dan menawarkan pilihan kepada para pengguna untuk membeli video sama dengan kualiti yang lebih tinggi melalui Google Checkout.

YouTube dan Google CheckOut
Beli Video YouTube melalui Google CheckOut [via]

Selain daripada itu, sekiranya anda mempunyai video yang dibangunkan sendiri, dan ingin menawarkannya secara percuma, anda masih boleh melakukan sedemikian, dengan memilih lesen menggunakan video anda.

Walaupun telah lama memiliki YouTube, ianya masih agak sukar untuk Google untuk menjana duit melaluinya. YouTube merupakan laman video dengan trafik yang amat tinggi. Sebelum ini pun anda boleh memuat-turun video daripada YouTube dengan menggunakan beberapa aplikasi tambahan, namun melalui servis terbaru ini, anda dapat memuat-turun video daripada YouTube dengan kualiti yang lebih tinggi lagi. Sebelum ini, Google Video turut ada menjual video pada lamannya. Melalui cara ini, mungkin lebih ramai penyedia video yang mungkin bekerjasama dengan YouTube, namun adakah pengguna akan membelinya?


TIPS & ULASAN