Chrome Untuk Mac Menghampiri Kenyataan

Diterbitkan pada Feb 14, 2009. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Setelah sekian lama Google Chrome diperkenalkan, akhirnya kini paparan antaramuka untuk versi Mac diperlihatkan oleh salah seorang pekerja Google – Mike Pinkerton. Walaubagaimanapun, ianya masih lagi belum dikeluarkan kepada sesiapa pun lagi. Dan sekaligus ini menandakan bahawa versi Mac sudah hampir dikeluarkan.

Chrome Pada Mac
Chrome Pada Mac [via]

Menariknya, Pinkerton juga adalah orang yang bertanggungjawab dalam membangunkan pelayar web Mozilla khas untuk pengguna Mac, iaitu Mozilla Camino. Walaubagaimanapun, tarikh akhir pelayar web itu bakal dikeluarkan masih belum diumumkan, walaupun dia menyatakan bahawa Chrome untuk Linux turut dalam pembangunan.

Via : Google Operating System

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami