Semalam, Mozilla Labs telah memperkenalkan projek barunya, Bespin, yang mana menyediakan persekitaran pengaturcaraan berasaskan web, dengan matlamat agar para pengaturcara boleh menggunakan kelebihan cloud-computing. Buat masa ini, Bespin 0.1 adalah prototaip awal daripada Mozilla Labs dan menyokong beberapa fungsi edit asas.
Dashboard Mozilla Bespin
Melalui perbincangan dengan beberapa orang pembangun dan pengaturcara, Mozilla telah meletakkan beberapa target asas, seperti:
Anda boleh menyertai pembangunannya dengan mencuba versi demo yang disediakan, dan memberikan cadangan atau komen mengenainya. Semua kod sumber Bespin diedarkan dibawah lesen MPL.