Selamat Tinggal Yahoo! MyWeb

Selamat Tinggal Yahoo! MyWeb

Diterbitkan pada Feb 14, 2009 oleh .

Yahoo! MyWeb yang dilancarkan pada tahun 2005, hari ini diumumkan bakal ditamatkan, sekaligus memberikan ruangan kepada produk bookmark lain daripada Yahoo! untuk terus berkembang, seperti Delicious dan juga Yahoo! Bookmarks. Yahoo! MyWeb akan ditamatkan mulai 18 Mac 2009, dan para penggunanya diminta untuk memindahkan bookmark mereka ke laman lain atau ke aplikasi pihak ketiga dengan mudah.

Yahoo! MyWeb
Yahoo! MyWeb Yang Bakal DiTamatkan Tidak Lama Lagi

Sekiranya anda merupakan pengguna Yahoo! MyWeb, anda boleh memindahkan bookmark anda kepada Yahoo! Bookmark, yang mana lebih kepada pengguna yang inginkan bookmark peribadi, ataupun Delicious sekiranya anda ingin berkongsi bookmark anda bersama pengguna-pengguna yang lain. Pemindahan data semua adalah amat mudah dan pantas, kerana kedua-duanya adalah servis yang dibangunkan oleh Yahoo! juga.

Selain itu, anda juga boleh memindahkannya kepada pihak ketiga seperti bookmark yang sedia terbina didalam Firefox ataupun Internet Explorer menggunakan aplikasi export yang disediakan oleh Yahoo! MyWeb.

Yahoo! juga mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan beberapa perkara untuk Delicious untuk tahun 2009, dan ingin menumpukan lebih tumpuan kepadanya. Mungkin ini merupakan salah satu sebab mengapa Yahoo! MyWeb terpaksa ditutup.


TIPS & ULASAN