Cari @ Amanz

Buat masa ini, mungkin ada yang sudah perasan yang Yahoo! sedang melakukan perubahan drastik pada laman utamanya. Laman Yahoo! yang dikunjungi lebih 300 juta orang sebulan itu, kini mengemaskini semula rekabentuk dan beberapa perkara pada rekabentuk laman baru mereka, yang mana mungkin akan dilepaskan pada tahun ini atau tahun depan.

Halaman Yahoo! Baru
Rekabentuk Yahoo! Baru Yang Telah Di Perkemaskini [via]

Aplikasi Pada Yahoo!
Pilihan Aplikasi Untuk Di Pertontonkan [via]

Melalui perkembangan terkini, Yahoo! telah menambah serta menaik-taraf penggunaan aplikasi, dan kini anda boleh mengubah bahagian My Aps pada halaman utama dengan menambah atau membuang aplikasi daripada lebih 25 jenama terkemuka termasuk eBay, Forbes, Wired dan banyak lagi.

Kini, daripada pandangan para pengguna yang telah mencuba antaramuka dan rekabentuk Yahoo! yang baru, Yahoo! sedang membangunkan dan menaiktaraf beberapa perkara, termasuk pengenalan lebih banyak aplikasi baru, penggunaan warna yang lebih cerah berbanding rekabentuk sebelum ini, dan akses pantas kepada emel dan akaun instant messenger, serta akses pantas ke servis-servis Yahoo! yang lain.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd