Cari @ Amanz

MySpace baru-baru ini telah memperkenalkan fungsi carian imej pada enjin carian yang diintegrasinya pada laman tersebut, membolehkan anda membuat carian pada imej-imej laman tersebut, termasuk pada laman Photobucket, yang mana merupakan salah satu laman dibawah syarikat yang sama memiliki MySpace.

Carian Imej Pada MySpace
Carian Fasha Sandha Pada Carian Imej MySpace

Hasil carian yang dilakukan hanya memperlihatkan gambar-gambar yang disetkan sebagai “Public” oada profail para pengguna, selain tag yang digunakan pada gambar-gambar dan imej tersebut digunakan untuk memperlihatkan hasil carian.

Walaubagaimanapun, carian imej di MySpace hanya relevan sekiranya anda melakukan carian bagi nama seseorang individu atau artis. Sekiranya anda melakukan carian untuk tempat atau lokasi dan sebagainya, ianya kurang relevan kerana memperlihatkan gambar pengguna mereka dengan lokasi yang kita cari. Mungkin anda perlu memilih tab Photobucket sekiranya ingin membuat carian imej selain gambar artis atau pengguna, ataupun menggunakan carian pada Flickr ataupun Google Image Search.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd