Google Maps Kini Nombor Satu Meninggalkan Map Quest

Google Maps Kini Nombor Satu Meninggalkan Map Quest

Diterbitkan pada Feb 16, 2009 oleh .

Daripada data trafik pengguna yang dikumpul sepanjang Januari, ianya memperlihatkan kini Google Maps sebagai laman peta yang dikunjungi paling ramai pengguna US, sekaligus mengetepikan pesaing terdekatnya, Map Quest dan servis-servis peta lain. Data menunjukkan pengunjung unik bagi bulan Januari untuk MapQuest adalah 41.5 juta orang berbanding Google Maps yang mencapai 42.2 juta orang.

Google sudah sekian lama membangunkan aplikasi peta dalam talian mereka, disamping aplikasi Google Earth yang baru dilepaskan baru-baru ini dengan kebolehan untuk melihat dasar lautan. Selain itu, Google Maps juga menyediakan API, yang membolehkan para pembangun membangunkan laman mereka dengan menggunakan Google Maps. Yahoo! yang mana merupakan pesaing terdekat enjin carian Google, turut menyediakan aplikasi peta mereka sendiri, iaitu Yahoo! Maps. Microsoft turut sama menyertainya dengan Live Maps.


TIPS & ULASAN