KDE 4.3 Bakal Di Lepaskan Pada Akhir Julai 2009

KDE 4.3 Bakal Di Lepaskan Pada Akhir Julai 2009

Diterbitkan pada Feb 16, 2009 oleh .

KDE 4.3 yang bakal dilepaskan pada akhir bulan Julai 2009, atau lebih tepat lagi pada 28 Julai 2009. Walaubagaimanapun, baru-baru ini telah diperlihatkan beberapa idea awal bagaimana desktop dan antaramuka KDE bakal berevolusi. KDE 4.3 bakal memperlihatkan perubahan ikon, tema dan bunyi yang mana disediakan oleh Projek Oxygen.

KDE 4.3 MockUp
MockUp Tema KDE 4.3 [via]

KDE 4.3 juga dijangkan bakal membawa persekitaran desktop yang baru dengan panel antaramuka pengguna yang dikenali sebagai Plasma. Yang menariknya, sama seperti Windows Widget yang diperkenalkan pada Vista, Plasma juga menyokong widget desktop. Ianya dikenali sebagai Plasmoids di platform KDE.

KDE 4.3 dijangka akan dilepaskan pada 28 Julai 2009, dengan mana versi beta pertama bakal diperkenalkan pada 12 Mei 2009. Anda boleh melihat versi pembangunan KDE 4.3 yang pertama dengan fungsi yang amat minimal mulai 7 April 2009. Dengan evolusi demi evolusi yang dibangunkan, mungkin tidak lama lagi, KDE bakal menjadi antara desktop kegemaran ramai.


TIPS & ULASAN