Edit Imej Melalui Pelayar Web Dengan Ubiquity

Edit Imej Melalui Pelayar Web Dengan Ubiquity

Diterbitkan pada Feb 16, 2009 oleh .

Pernahkah anda terdengar mengenai Ubiquity, salah satu projek daripada Mozilla? Ubiquity memudahkan anda melayari internet, dengan penggunaan command teks untuk membolehkan anda membuat sesuatu perkara dengan lebih pantas. Terbaru, mereka sedang dalam proses membolehkan anda mengedit sesuatu gambar di internet dengan pantas hanya melalui pelayar web sahaja.

Edit Imej Melalui Ubiquity
Edit Imej Melalui Ubiquity [via]

Mungkin anda lebih selesa menggunakan Adobe Photoshop, GIMP dan sebagainya untuk mengedit gambar secara offline, ataupun menggunakan Picnic dan aplikasi web seumpamanya untuk edit gambar dalam talian. Namun begitu, ianya mengambil masa untuk anda log masuk ke laman tersebut dan sebagainya.

Dengan penggunaan Ubiquity, anda boleh edit gambar dengan lebih pantas, dengan hanya klik kanan pada sebarang imej di sebarang laman web, dan seterusnya memilih Ubiquity. Mudah bukan? Walaubagaimanapun, Ubiquity hanya menyediakan perkara asas sahaja, seperti untuk mengecilkan gambar, memusingkan gambar, dan membuat sedikit efek ringkas pada gambar tersebut.

Seterusnya anda boleh terus simpan fail gambar tersebut di komputer ataupun dengan mudah menyimpannya di laman Flickr atau laman sosial seperti Facebook dan FriendFeed. Ianya dijangka akan dilepaskan dalam beberapa minggu lagi. Anda masih boleh menggunakan Ubiquity pada Mozilla Firefox anda, dengan menggunakan beberapa command asas, seperti untuk mencari map, untuk bertweet dan sebagainya sementara menunggu versi baru diperkenalkan.


TIPS & ULASAN