Carian
Microsoft Mengumumkan Windows Mobile 6.5
February 17, 2009 Aman

Semalam, Microsoft telah memperkenalkan sistem operasi Windows Mobile 6.5 yang mana kini lebih memfokuskan kepada kebolehan skrin sentuh, selain menyediakan navigasi yang lebih mudah dan pantas. Microsoft memperlihatkan Windows Mobile 6.5 ini pada Kongres Mudah Alih Dunia 2009 yang berlangsung di Barcelona.

Windows Mobile 6.5
Windows Mobile 6.5 [via]

Microsoft juga dalam perancangan untuk memperkenalkan telefon bimbitnya sendiri, yang kini dikenali sebagai Windows Phone, sebagai menandingi populariti iPhone yang melonjak naik kebelakangan ini. Ianya dijangka akan mula diedarkan mulai suku tahun kedua 2009.

Windows Mobile 6.5 memperkenalkan antaramuka baru, dengan rekabentuk setiap tajuk aplikasi dalam bentuk heksagon, supaya memudahkan penggunaan skrin sentuh. Selain itu, kini menu Start boleh diubah dengan aplikasi yang boleh terus sambung kepada internet, seperti berita kaji cuaca dan juga laporan saham semasa. Selain itu, Windows Mobile 6.5 juga membolehkan para pengguna mengakses terus kepada voice mail atau mesej teks ketika unlock telefon bimbit anda. Berbeza dengan iPhone yang memerlukan anda mengakses ke aplikasi telefon terlebih dahulu sebelum akses kepada voice mail dan mesej teks.

Windows Mobile 6.5 juga membawakan Internet Explorer Mobile 6 dan kebolehan untuk membuat backup senarai nama, gambar, kalendar, dan informasi lain melalui Microsoft MyPhone. Dan menariknya lagi, Microsoft juga bakal memperkenalkan pasaran aplikasi untuk Windows Mobile, sama seperti iPhone App Store dan Android Marketplace, yang mana membolehkan para pengguna memuat-turun terus aplikasi kedalam telefon mudah alih mereka dengan amat mudah.

Komen