Cari @ Amanz

Sebelum ini, Twitter ada menawarkan fungsi kemaskini terus kepada SMS, namun terpaksa menghentikannya pada bulan Ogos 2008 yang lalu disebabkan kos yang tinggi. Kini, munculnya Twe2, yang mana menyediakan fungsi yang sama bagi semua pengguna di luar US yang inginkan fungsi kemaskini terus kepada SMS. Dan menariknya adalah ianya disediakan secara percuma.

twe2
Halaman Tetapan Telefon Bimbit di Twe2

Untuk menampung perbelanjaan untuk menghantar SMS kepada telefon bimbit para pengguna, Twe2 menyertakan iklan ringkas bersama-sama dengan tweet yang dikemaskini. Menariknya, anda boleh memilihi dan membuat tetapan untuk bagaimana anda menerima mesej, samaada mengikut sesuatu kata kunci dan sebagainya. Anda juga boleh membuat tetapan untuk bilakah anda ingin menerima mesej-mesej melalui telefon bimbit.

Walaubagaimanapun, oleh kerana Twe2 bukan servis yang dibangunkan oleh pihak Twitter, ianya sering mengambil sedikit masa untuk mengesan mesej dan menghantarnya kepada anda. Selain itu, ianya belum lagi diintegrasi dengan fungsi oAuth, dan memerlukan anda menyertakan nama pengguna dan kata laluan Twitter. Namun ianya bakal diintergrasikan tidak lama lagi.

Via : RWW

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd