Nokia Bakal Sertakan Skype Di Dalam Telefon Bimbitnya

Nokia Bakal Sertakan Skype Di Dalam Telefon Bimbitnya

Diterbitkan pada Feb 17, 2009 oleh .

Skype, salah satu syarikat terkemuka dalam bidang VoIP yang dimiliki oleh eBay, hari ini mengumumkan kerjasama bersama dengan pengeluar telefon bimbit terkemuka di dunia, Nokia. Melalui kerjasama terbaru mereka, Nokia bakal mengeluarkan telefon bimbit barunya bersama-sama dengan aplikasi Skype. N97 yang bakal dikeluarkan pada Jun 2009 bakal merupakan telefon bimbit pertama Nokia yang menyertakan sekali Skype didalamnya.

Skype Pada Nokia N97
Skype Pada Nokia N97 [via]

Skype akan diintegrasikan ke dalam buku alaman N97, sekaligus membolehkan para pengguna melihat dan mengetahui rakan mereka di Skype yang sedang dalam talian (online). Yang menariknya, para pengguna Nokia (N97) boleh membuat panggilan percuma dan panggilan yang lebih murah melalui internet sekiranya mereka berada dalam ruangan litupan 3G ataupun rangkaian WiFi.

Sebelum ini, pada hari Isnin, Sony Ericsson mengumumkan mereka bakal menyediakan panel Skype khas pada Windows Mobile XPeria1. Nampaknya, tidak lama lagi, kebanyakkan telefon bimbit pintar akan dilengkapi bersama dengan Skype, sekaligus menjadikan kos panggilan lebih murah.


TIPS & ULASAN