Cari @ Amanz

TechARP, salah satu laman teknologi tempatan, hari ini menjangkakan bahawa Microsoft bakal mencapai IE8 versi RTM (Release To Manufacturing) pada bulan March ini. Hal ini kerana, Microsoft bakal mengumumkan butir-butir akhir berkenaan IE8 RTM pada 5 Mac 2009.

Walaubagaimanapun, Microsoft tidak mengiyakan atau menidakkan laporan tersebut. IE8 bakal menjadi antara komponen utama dalam Windows 7, selain mendapatkan kembali para pengguna pelayar web daripada Microsoft itu yang makin berkurangan dari hari demi hari. Sekiranya IE8 bakal dikeluarkan awal, ianya menandakan bahawa Windows 7 beerkemungkinan besar akan menemui para pengguna pada akhir tahun ini.

Sebelum ini, Microsoft pernah melaporkan bahawa IE8 akan diedarkan melalui Windows Update, dan sekiranya anda ingin mendapatkan pengalaman IE8, anda boleh mencuba versi IE8 RC yang diedarkan Microsoft baru-baru ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd