GeeMail – Aplikasi Desktop Untuk GMail

GeeMail – Aplikasi Desktop Untuk GMail

Diterbitkan pada Feb 19, 2009 oleh .

Jika sebelum ini, Google memperkenalkan GMail versi offline, kini munculnya GeeMail, salah satu aplikasi berasaskan Adobe Air yang mana membolehkan anda mengakses akaun GMail anda dari melalui desktop sahaja. Selain itu, menariknya, ia juga menyediakan akses secara offline untuk membaca dan menghantar emel.

geemail-inaction
GeeMail Ketika Beraksi [via]

Selain itu, dikatakan bahawa GeeMail berfungsi lebih pantas secara offline daripada penggunaan Google Gears yang dicadangkan Google untuk mengakses secara offline. GeeMail juga menggunakan antaramuka yang sama seperti antaramuka asal GMail, selain menyediakan fungsi-fungsi yang lebih kurang sama. Cuma kurangnya enjin carian untuk anda mencari emel-emel anda, seperti yang terdapat pada GMail.

Selain daripada ini, anda juga boleh menggunakan Thunderbird ataupun Postbox untuk mengakses GMail secara POP3.


TIPS & ULASAN