Yahoo! Memperlihatkan Iklan Yang Di Perkaya

Yahoo! Memperlihatkan Iklan Yang Di Perkaya

Diterbitkan pada Feb 20, 2009 oleh .

Jikalau sebelum ini semua iklan pada enjin carian Yahoo! hanya kelihatan biasa sahaja, ianya mungkin berubah selepas ini. Mulai hari ini, Yahoo! memperkenalkan iklan dalam bentuk video, dan imej pada laman cariannya. Selain itu, para pengiklan juga turut boleh memasukkan kotak carian khas pada iklan mereka ataupun memperlihatkan logo mereka disebelah iklan teks mereka.

Yahoo! Search Dengan Iklan Video
Contoh Iklan Video Dengan Kotak Poskod Pada Yahoo!

Ianya telah mula diuji oleh beberapa orang pengiklan sejak daripada suku tahun ke-empat 2008, dan ramai mengatakan bahawa ianya telah meningkatkan lebih kurang sebanyak 25% daripada kadar klik ke laman mereka.

Buat masa ini, Rich Ads dalam Search hanya melalui jemputan sahaja, tetapi akan diperkenalkan kepada kebanyakkan pengiklan dalam masa terdekat sebelum diberikan akses kepada kesemua pengiklan.


TIPS & ULASAN