Aplikasikan Warna Kegemaran Pada GMail Anda

Aplikasikan Warna Kegemaran Pada GMail Anda

Diterbitkan pada Feb 20, 2009 oleh .

Jika sebelum ini Google menyediakan lebih 31 tema percuma untuk anda pilih dan gunakan pada akaun GMail anda, hari ini, mereka menambah lagi satu fungsi dimana membolehkan para pengguna kini boleh mengubah penggunaan warna pada akaun GMail mereka.

Tetapan Warna GMail
Panel Tetapan Warna Pada GMail [via]

Untuk mula menggunakannya, klik pada Settings dan pilih tema Themes seterusnya pilih “Choose Your Own Colors” (“Gunakan Warna Anda Sendiri”). Selepas itu anda boleh menetapkan penggunaan warna pada akaun GMail anda dengan memilih tona warna yang menjadi kesukaan anda.

Sekiranya anda tidak mengemari pilihan warna anda, anda sentiasa boleh mengubahnya kembali kepada bentuk asal dengan mudah. Walaubagaimanapun, para pengguna Google Apps masih belum boleh melihat pilihan ini, dan mungkin akan diperkenalkan tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN