Cari @ Amanz

Sekiranya anda menggunakan Windows 7 Beta pada desktop anda, mungkin berita ini amat penting buat anda dan sistem komputer anda. Microsoft telah mengumumkan bahawa mereka akan mengedarkan kemaskini automatik terkini untuk Windows 7 Beta (Build 7000) mulai 24 Februari ini.

Salah satu tujuan utama mencuba kemaskini secara automatik ini adalah untuk memastikan Windows 7 berupaya untuk dikemaskini secara dalam talian, disamping menguji Windows 7 sekiranya terdapat sebarang masalah ataupun tidak. Walaubagaimanapun, untuk memasang kemaskini tersebut pada komputer anda, anda perlu memberikan kebenaran terlebih dahulu. Anda akan diberitahu melalui panel kemaskini bahawa ianya hanyalah untuk ujian sahaja.

Kemaskini tersebut tidak akan membuat sebarang perubahan, dan anda boleh tidak memasangnya pada Windows 7 Beta anda. Dengan pergerakan pembangunan Windows 7 yang agak pantas ini, berkemungkinan tinggi, Windows 7 akan menemui para pengguna lebih awal daripada masa yang dijangka sebelum ini.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd