Cari @ Amanz

Setelah sekian lama beroperasi, MsjBox kini telah memperkenalkan sokongan bahasa baru pada perkhidmatan kotak sembangnya (shoutbox). Mulai 18 Februari 2009 yang lepas, MsjBox sudah mula menyokong tulisan bahasa Cina dan juga tulisan Jawi (bahasa Arab).

Oleh kerana ianya baru sedang mula dicuba, mungkin terdapat sedikit masalah berkaitan dengannya. Namun begitu, anda tidak perlu risau mengenainya, kerana masalah tersebut akan secara automatiknya dihantar ke sistem, dan membolehkan masalah anda itu diselesaikan pada masa hadapan.

Tulisan Jawi Di MsjBox
Tulisan Jawi / Arab di MsjBox

Tulisan Cina Pada MsjBox
Tulisan Cina di MsjBox

MsjBox tahun ini akan memperlihatkan pelbagai perubahan termasuk perubahan dari segi antaramukanya, selain memperkenalkan fungsi auto-refresh, dan status update sama seperti di Twitter. Mungkin pelbagai lagi perubahan akan diperkenalkan pada tahun ini. Sama-sama kita nantikan MsjBox generasi ke-empat.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd