Carian
Blogtitude Mula Mengintegrasikan Facebook Connect
February 21, 2009 Aman

Sekiranya anda memasuki laman Blogtitude sejak malam semalam, mungkin anda sudah perasan butang Facebook Connect pada laman mereka. Nampaknya, tidak lama lagi, mereka akan memperkenalkan fungsi keahlian dengan mengintegrasikannya bersama akaun Facebook anda, yang mana merupakan salah satu sasaran Blogtitude.

Blogtitude dan Facebook Connect
Kedudukan Facebook Connect di laman Blogtitude

Buat masa ini, sekiranya anda klik pada pautan Facebook Connect tersebut, anda akan disuruh login ke dalam akaun Facebook anda melalui sebuah pop-up kecil. Namun begitu, masih tidak dapat melihat fungsi Facebook Connect ataupun fungsi keahlian pada laman tersebut. Log-masuk menggunakan Facebook Connect juga tidak menunjukkan sebarang perubahan. Mungkin kerana mereka masih sedang membangunkannya, dan mungkin kita akan dapat menggunakan fungsinya dalam jangka masa kurang seminggu lagi. Sama-sama kita nantikannya.

Komen