Masalah Yahoo! Messenger Pada Windows 7

Masalah Yahoo! Messenger Pada Windows 7

Diterbitkan pada Feb 23, 2009 oleh .

Sudah hampir lebih 24 jam kini aku menggunakan Windows 7 sebagai sistem operasi komputer aku. Walaupun masih dalam beta, ianya kelihatan lebih stabil dan laju daripada Vista yang pernah aku guanakan selama lebih kurang seminggu sebelum ini. Sehingga kini, masih belum “crash” lagi. Walaubagaimanapun, oleh kerana ianya dalam pembangunan, masih terdapat beberapa masalah.

Salah satunya, yang sudah aku kenal pasti adalah masalah dengan aplikasi Yahoo! Messenger. Aku lebih gemar menggunakan Yahoo! Messenger berbanding dengan GTalk. Sehingga kini, aku masih tiada akaun Live lagi, jadi tidak menggunakan MSN Live. Lagipun, dengan kebolehan untuk berinteraksi bersama rakan di Live, YM! menjadi pilihan aku.

Namun begitu, kelihatan seperti Windows 7 dan Yahoo! Messenger 9 menghadapi sedikit ketidak-serasian. Walaupun sebelum ini, memang diketahui berkenaan dengan masalah Yahoo! Messenger 9, yang mana sukar untuk log masuk, melalui Windows 7, ianya amat sukar sekali, malah seperti tiada gunanya log masuk berulang-kali, kerana sering menghadapi masalah sahaja.

Untuk mengatasi masalah ini, saya cuba menggunakan Yahoo! Messenger 8 dan Yahoo! Messenger 7. YM! 8 masih tidak begitu mesra dengan Windows 7, namun tidak untuk YM! 7. Angka tujuh pada Yahoo! Messenger memperlihatkan keserasian bersama Windows 7. Hanya sekali log masuk, dan terus sudah boleh memasuki arena chat Yahoo! Messenger. Anda boleh memuat-turun Yahoo! Messenger versi lama melalui laman OldVersions.

Selain daripada Yahoo! Messenger, beberapa aplikasi yang sering aku gunakan seperti Mobile Connect (Celcom Broadband), Orbit Downloader, Mozilla Minefield, dan OpenOffice masih boleh digunakan dalam Windows 7.


TIPS & ULASAN