Aplikasi Notifikasi Di Perkenalkan Pada Jaunty

Aplikasi Notifikasi Di Perkenalkan Pada Jaunty

Diterbitkan pada Feb 22, 2009 oleh .

Sekiranya anda mengikuti blog melayUBUNTU, mungkin anda sudah pernah terdengar berkenaan dengan idea notifikasi yang dibangunkan oleh para pembangun dibelakang Ubuntu. Pada versi pembangunan Ubuntu 9.04 yang diedarkan pada minggu lepas, beberapa komponen termasuk Notify-OSD telah pun disertakan. Ianya bakal memberi notifikasi berkenaan aplikasi baru.

Notify OSD
Notify OSD Pada Ubuntu [via]

Mungkin ramai yang tertanya rational pembangunan Notify-OSD ini. Kadangkala, terdapat beberapa mesej yang memerlukan perhatian pengguna, seperti bateri laptop yang bakal tamat, atau kemaskini aplikasi dan perisian yang kritikal.

Menariknya, melalui paparan antaramuka Notify-OSD yang diedarkan, kita sudah dapat melihat bagaimana rekabentuk tema Ubuntu 9.04 yang bakal menemui para pengguna pada bulan April kelak. Warna yang gelap dan menarik, beserta aplikasi Notify-OSD yang kelihatan amat menarik sekali.


TIPS & ULASAN