Ubuntu 9.10 Diberi Nama Karmic Koala

Ubuntu 9.10 Diberi Nama Karmic Koala

Diterbitkan pada Feb 22, 2009 oleh .

Walaupun versi akhir Ubuntu 9.04 belum dikeluarkan lagi, Mark Shuttleworth telah pun mengumumkan mengenai nama kod dan beberapa sasaran untuk Ubuntu 9.10. Ubuntu 9.10 diberikan nama Karmic Koala dan bakal dilepaskan secara rasminya pada bulan Oktober 2009 kelak. Versi pembangunan Ubuntu 9.10 juga dijangka bakal dipersembahkan pada Ubuntu Developer Summit pada 25 Mei kelak.

Antara perkara yang disasarkan untuk Ubuntu 9.10 adalah seperti antaramuka yang baru, selain perubahan pada Usplash. Selain itu, pihak pembangun juga mensasarkan untuk mempercepatkan masa boot Ubuntu dengan menjadikannya dibawah 25 saat pada netbook. Mereka juga bercadang untuk memperkenalkan skrin log masuk yang baru, yang mana lebih menarik daripada yang digunakan sekarang. Mark juga memberitahu bahawa Netbook Remix untuk Ubuntu 9.10 akan berjalan lancar tanpa sebarang gangguan pada semua versi netbook.


TIPS & ULASAN