Tonton Video Bersama Rakan Menggunakan YM 9.0

Tonton Video Bersama Rakan Menggunakan YM 9.0

Diterbitkan pada Feb 23, 2009 oleh .

Mungkin pernah sesekali anda ingin menonton vieo bersama-sama dengan rakan anda, dan berkongsi cerita berkaitan dengannya. Kini, melalui pemain video Zync untuk Yahoo! Messenger 9.0, anda boleh bersembang dengan rakan anda, sambil-sambil menonton video kegemaran anda pada masa yang sama.

Zync Video
Zync Video Pada Yahoo! Messenger 9

Para pembangun di Yahoo! telah pun memperkenalkan versi terkini Zync, pemain video untuk Yahoo! Messenger 9.0. Melaluinya anda boleh menonton video dari pelbagai sumber termasuk Yahoo! Video, Flickr, dan semestinya YouTube. Selain itu, mereka juga dalam proses mengintegrasikan Yahoo! Music dan Yahoo! News dalam beberapa minggu akan datang.

Untuk mula menonton bersama rakan-rakan anda, anda hanya perlu memasukkan link video dalam tetingkap chat anda, dan seterusnya klik pada pautan “Watch With Me”. Tiada muat-turun yang diperlukan. Menarik bukan?


TIPS & ULASAN