Paparan Antaramuka Snow Leopard Mula Kelihatan

Paparan Antaramuka Snow Leopard Mula Kelihatan

Diterbitkan pada Feb 24, 2009 oleh .

Umum mungkin sudah ketahui berkenaan beberapa sistem operasi yang bakal diperkenalkan sepanjang tahun ini, iaitu Windows 7 dan juga Ubuntu 9.04 serta Ubuntu 9.10. Selain daripada itu, Apple juga sedang membangunkan sistem operasi mereka yang terbaru, yang mana dikenali sebagai Mac OS X Snow Leopard.

Snow Leopard 10A261
System Preferences Mempersembahkan Antaramuka Baru [via]

Beberapa paparan antaramuka versi pembangunan Mac OS X Snow Leopard juga mula tersebar di internet hari ini. Walaubagaimanapun, tiada perubahan drastik yang diperlihatkan pada Snow Leopard. Hal ini juga telah diberitahu oleh pihak Apple sendiri sebelum ini, dimana melalui versi terkini sistem operasi mereka, mereka ingin mempertingkatkan mutu dan prestasi sistem operasi mereka, selain menjadikannya lebih stabil lagi.

Beberapa perubahan kecil yang dilakukan adalah seperti:

  • System Preferences memperkenalkan beberapa perubahan kecil.
  • Fungsi Put Back yang mana membolehkan fail yang dipadam, dikembalikan kepada folder asalnya.
  • Semua fungsi dibolehkan dalam Quick Time. Kini, tidak lagi perlu membazir membeli Quick Time Pro.
  • …dan banyak lagi.
  • SnowLeopard - Put Back
    Kebolehan Mengembalikan Fail Yang Telah Di Padam [via]

    Walaupun sebelum ini terdapat spekulasi berkenaan tarikh keluaran Mac OS X yang mana dijangka pada bulan Mac 2009 ini, ianya kelihatan seperti Apple tidak akan keluarkannya pada bulan Mac ini. Mungkin ianya mengambil masa sedikit, supaya ianya lebih menepati dan memuaskan para pengguna.


    TIPS & ULASAN