Susun Emel Mengikut Alamat Pada GMail

Susun Emel Mengikut Alamat Pada GMail

Diterbitkan pada Feb 24, 2009 oleh .

Beberapa minggu sebelum ini, Google telah memperkenalkan fungsi Multiple Inboxes pada perkhidmatan emelnya – GMail. Melaluinya, anda boleh melihat beberapa tetingkap yang memperlihatkan emel mengikut label yang kita buat. Menariknya, pasukan GMail juga kini mempersembahkan lebih daripada satu emel pada GMail pada sesuatu waktu.

Walaubagaimanapun, fungsi ini hanya untuk alamat emel yang kita forward ke alamat GMail kita. Sebagai contoh, mungkin ada yang forward emel domain mereka kepada emel GMail, dan pada GMail mungkin sedikit serabut untuk melihat sesuatu emel itu ditujukan kepada alamat yang mana.

Multiple Inboxes
Tetapan Multiple Inboxes Pada GMail

Kini, melalui fungsi Multiple Inboxes, anda boleh mengasingkannya mengikut alamat emel, dengan menetapkan filter supaya ia arkibkan secara automatik semua emel lain yang ditujukan ke GMail anda. Seterusnya, anda sudah boleh melihat emel anda tersusun mengikut alamat emel. Menarik bukan?


TIPS & ULASAN