GMail Tidak Boleh Di Akses Lebih 3 Jam

GMail Tidak Boleh Di Akses Lebih 3 Jam

Diterbitkan pada Feb 24, 2009 oleh .

Ribuan pengguna mula panik hari ini, apabila akaun GMail mereka tidak boleh diakses untuk lebih kurang selama 3 jam lebih. Ramai pengguna Twitter mula menghantar tweet berkenaan dengan ketidak-bolehan untuk mengakses akaun GMail mereka. Google juga telah menulis mengenainya pada laman bantuan milik mereka.

Masalah GMail
Mesej Google Pada Laman Bantuan [via]

Google sendiri telah menulis dalam blog mereka meminta maaf diatas masalah yang dihadapi oleh para pengguna seluruh dunia. Sebelum ini, Google telah membolehkan GMail diakses secara offline, melalui penggunaan Google Gears. Walaupun pada masa perkara ini berlaku, anda boleh mengakses GMail secara offline, anda masih tidak boleh menerima dan menghantar emel kepada sesiapa jua.

Menurut TechCrunch pula, para pengguna yang menggunakan POP3 dan IMAP tidak menghadapi sebarang masalah. Begitu juga dengan para pengguna Google Apps. Masalah ini hanya melibatkan para pengguna GMail melalui pelayar web sahaja.


TIPS & ULASAN