Apple Membawakan Safari 4 Beta

Apple Membawakan Safari 4 Beta

Diterbitkan pada Feb 24, 2009 oleh .

Hari ini, Apple telah memperkenalkan beta pertama untuk Safari 4, yang mana menjanjikan pelayaran web yang lebih pantas, selain navigasi dan carian yang dipertingkatkan lagi. Safari yang digunakan hampir 8% pengguna diseluruh dunia, mengikut dibelakang pelayar web Internet Explorer dan juga Mozilla Firefox.

Safari 4 Beta
Safari 4 Beta [via]

Apple memperkenalkan Safari 4 Beta untuk kedua-dua sistem operasi, iaitu Mac OS X dan juga Windows. Ianya menjanjikan kepantasan membaca JavaScript 4.2 kali ganda lebih pantas daripada Safari 3. Selain itu, mereka juga menjanjikan kepantasan masa loading yang lebih baik daripada Internet Explorer 7 dan juga Mozilla Firefox 3.

Safari 4 Beta
Safari 4 Beta [via]

Selain itu, Apple juga memperkenalkan Cover Flow, yang mana membolehkan para pengguna melihat laman web seperti sedang melihat album. Apple juga memperkenalkan Top Sites, yang mana mengumpulkan senarai laman web yang sering dilawati oleh para pengguna, sama seperti laman permulaan di Google Chrome. Safari 4 juga menyertakan sekali aplikasi untuk para pembangun web untuk debug, dan memperbaiki dan menambah mutu sesuatu laman web.

Safari 4 Beta didatangkan bagi para pengguna Mac OS X yang menggunakan Leopard 10.5.6, Tiger 10.4.11, Windows XP SP2, dan Vista.


TIPS & ULASAN