Ubah Title Bar Untuk GMail Anda

Diterbitkan pada Feb 25, 2009. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Mungkin kadangkala anda sibuk melayari laman web, dan malas untuk membuka tab GMail untuk melihat ketibaan emel baru. Untuk mengatasi perkara ini, anda mungkin pernah menggunakan plugin Firefox untuk memperlihatkan emel baru pada title bar. Namun, kini anda tidak memerlukannya lagi, dengan fungsi baru yang diperkenalkan oleh GMail Labs.

Title Tweaks

Fungsi baru yang dinamakan Title Tweaks ini membolehkan anda mengubah elemen pada title bar di pelayar web anda. Selepas anda mengaktifkan fungsi ini melalui pilihan Labs dibawah Settings, anda boleh melihat emel-emel baru yang belum dibaca hanya melalui tab sahaja. Dengan ini, anda boleh mengetahui jumlah emel yang masih belum dibaca walaupun anda telah minimize-kan tetingkap pelayar web anda. Menarik bukan?

Komen sekarang

komen

© Amanz / 2021 Kami