Google Memperkenalkan Toolbar 6 Beta Untuk IE

Google Memperkenalkan Toolbar 6 Beta Untuk IE

Diterbitkan pada Feb 25, 2009 oleh .

Google sudah pun memperkenalkan versi terbaru aplikasi Toolbar 6 Beta untuk Internet Explorer. Salah satu fungsi baru yang turut diperkenalkan padanya adalah kebolehan untuk melakukan carian tanpa perlu membuka pelayar web. Fungsi baru ini diposisikan disebelah button Start pada Windows anda, untuk akses pantas.

Google Toolbar Untuk IE
Kedudukan Kotak Carian Pantas

Melauinya juga, anda boleh mengakses fail dan aplikasi kegemaran pada komputer anda dengan lebih pantas lagi berbanding sebelumnya. Dengan fungsi ini, Google inginkan para pengguna untuk boleh membuat carian pada Google tanpa perlu membuka sebarang pelayar web.

Sekiranya anda menggunakan Google Desktop Search, anda boleh memadamkan fungsi carian pantas ini, atau mengantikannya dengan fungsi sedia ada. Anda boleh mengikuti langkah-langkah untuk mengantikannya di laman rasmi Google.

Selain daripada fungsi carian pantas, Google juga memperkenalkan fungsi halaman tab, sama seperti yang diperkenalkan pada Firefox sebelum ini. Melaluinya, anda boleh mengakses laman web kegemaran, tab yang terakhir ditutup dan sebagainya melalui halaman tab yang disediakan.


TIPS & ULASAN